0 Cart
0 Add all flipped products to cart Flipped
25.11.2022

KEKALKAN GAYA HIDUP YANG SIHAT DAN SEIMBANG

Tahun 2020 amat mencabar bagi rakyat Malaysia dan seluruh dunia yang terkesan akibat penularan Covid-19. Kehadiran wabak ini telah memberi impak besar kepada ekonomi negara dengan menganggu rantaian bekalan dan ekosistem perniagaan. Selain itu, rakyat Malaysia terpaksa berhadapan dengan ketidaktentuan persekitaran luar, kejatuhan harga komoditi dan ruang fiskal yang terhad dan ini digelar unprecedented crisis. Namun begitu, tindakan pantas kerajaan menangani isu ini patut dipuji. Pelbagai bantuan dan inisiatif telah diberi kepada rakyat yang terjejas dalam pelbagai sektor untuk mengurangi beban yang dialami oleh mereka. Hal ini turut menjejaskan sektor perniagaan sosial serta badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang lain.

Pada 6 November 2020 yang lalu, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz telah membentangkan Belanjawan 2021 di parlimen. Terdapat tiga matlamat yang telah dikemukan oleh beliau pada kali ini. Pertama adalah kesejahteraan rakyat, kedua kelangsungan perniagaan dan yang ketiga ketahanan ekonomi.

Bagi melindungi dan menjamin kelangsungan rakyat dan ekonomi, kerajaan telah mengenalkan pelan pemulihan ekonomi secara berperingkat (fasa) iaitu 6R: Resolve (Ketegasan), Resilience (Ketahanan), Restart (Memulakan Semula), Recovery (Pemulihan), Revitalize dan Reform. Fasa Resolve, Resilence berjaya meratakan lekuk pada awal penularan Covid-19 (Mac-Mei). Selain itu, fasa Restart yang juga bermula pada bulan Mei yang lalu telah memberi laluan kepada sektor ekonomi untuk pulih secara beransur-ansur. Akhir sekali, negara telah memasuki peringkat Recovery dalam fasa pemulihan dimana Kerajaan memperkenalkan pakej PENJANA dan KITA PRIHATIN yang secara keseluruhannya bernilai 305 billion Ringgit.

"Sebagai salah satu badan NGO yang menyokong dan membantu masyarakat di Malaysia terutamanya belia, entri pada kali ini ingin memfokuskan belanjawan yang diperuntukkan oleh kerajaan kepada badan NGO dan perusahaan sosial berdasarkan Rancangan Malaysia ke-12 dan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030. Ini untuk mewujudkan masyarakat yang bermaruah dan makmur menjelang 2030 dan memastikan objektif matlamat pembangunan sosioekonomi adalah sejajar dan bermakna."

Terdapat lima strategi yang ditekankan dalam matlamat ketiga Belanjawan 2021 iaitu Ketahanan Ekonomi, antaranya memperkasa peranan GLC dan masyarakat sivil.

Penyampaian Perkhidmatan Alternatif

Kerajaan telah berhasrat untuk bekerjasama dengan NGO dan Perniagaan Sosial atau Social Enterprise (SE) dalam agenda pembangunan negara.

Antara inisiatif yang dibiayai (Kerajaan) adalah:

  • Menjahit pelitup muka oleh masyarakat asal Sarawak di bawah Tanoti.

  • Projek pemerkasaan Orang Asli di Hulu Selangor oleh EPIC Society.

  • Inisiatif keusahawanan OKU oleh Komuniti Belia Selangor (SAY).

Pada 28 September yang lalu, Kementerian Kewangan telah membuka portal Belanjawan 2021 untuk mendapatkan cadangan dan undian daripada rakyat Malaysia tentang perihal isu masyarakat dan alam sekitar.

-6,000 lebih cadangan telah disampaikan dan lebih 40 ribu undian telah diterima-

"Daripada maklum balas ini, Kementerian Kewangan akan mengagihkan dana kepada NGO seperti berikut:"

  • Pertama: 50 juta ringgit bagi inisiatif penjanaan pendapatan dan peningkatan pekerjaan bagi golongan rentan.

  • Kedua: 30 juta ringgit bagi inisiatif menangani isu soSial.

  • Ketiga: Sebanyak 20 juta ringgit bagi inisiatif pemeliharaan alam sekitar. Geran sebanyak 100 juta ringgit ini akan dipadankan dengan sumbangan daripada yayasan milik GLC.

Tambahan pula, Kerajaan akan menjalankan program pembangunan perusahaan sosial dengan peruntukan 20 juta ringgit kepada Malaysian Global Innovation and Creativity Centre (MaGIC) dan agensi terpilih.

Disamping itu, projek rintis pendaftaran e-Perolehan kepada perusahaan sosial yang mempunyai Sijil Program e-Perolehan Impak Kerajaan daripada MaGIC dan agensi terpilih yang lain untuk menjadi pembekal kepada Kerajaan.

Dengan inisiatif ini, perusahaan sosial boleh membekal barangan dan perkhidmatan dengan jumlah keseluruhan sehingga 20 juta ringgit setahun.

Kesimpulan

"Penularan wabak ini juga telah menyusutkan petumbuhan ekonomi sebanyak 4.5 peratus dan dijangka meningkat dan kembali pulih pada kadar 6.5 hingga 7.5 peratus pada tahun 2021. Dengan inisiatif Belanjawan 2021 ini diharapkan dapat membantu meningkatkan semula penumbuhan ekonomi Negara."

 

Favourites
Your favourites are empty