BAGAIMANA MEMBANGUNKAN SEMULA ORGANISASI SETELAH KRISIS COVID-19
Sebuah sesi secara langsung diadakan bagi membincangkan tips dan perkara yang perlu dilakukan untuk membangun semula organisasi NGO ataupun perniagaan sosial (PS) setelah krisis Covid-19.
Ahli panel kali ini terdiri daripada empat orang berpengalaman luas ini:-
Dewi Hubarat, Pengarah Eksekutif Yayasan Sinergi Indonesia (Moderator)
Andhika Mahardika, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Agradaya
Firdaus Putra, Ketua Pegawai Eksekutif MyCOOP
Megawati Santoso, Pengurus Operasi PT Jakarta Land
Aktiviti yang dilakukan untuk menangani masalah setelah krisis Covid-19
1. Menganalisis kesan yang terjadi pada syarikat terutamanya kesan kewangan tetapi target/sasaran keuntungan ditolak ketepi buat seketika.
2. Membuat pelan operasi supaya kerja seharian masih tetap berjalan dan mengurangkan risiko wabak Covid-19. Bagi yang bekerja di rumah mereka mengikuti kursus di atas talian supaya tetap kekal produktif.
3. Bagi NGO, jangan berdiam diri tetapi terus bekerja supaya tidak terkebelakang apabila krisis Covid-19 berakhir.
Megawati Santoso, Pengurus Operasi PT Jakarta Land
1. Kesihatan dan bahan asas ketika Covid-19 adalah lebih diperlukan oleh orang ramai. Dengan itu ramai yang mengubah sedikit konsep perniagaan mereka untuk memenuhi keperluan dan permintaan.
Andhika Mahardika, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Agradaya
1. Menghasilkan proposal baharu serta strategi lain untuk digunakan setelah Covid-19 reda kelak.
2. Kerana lebih banyak waktu yang ada, secara peribadi masa yang ada lebih banyak dan boleh digunakan untuk merealisasikan cita-cita/nazar sendiri dengan menulis buku sendiri contohnya.
Firdaus Putra, Ketua Pegawai Eksekutif MyCOOP
Antara Cara Untuk Mendapatkan Idea Ketika Dalam Krisis
1. Cuba fikir dengan tenang dan waras serta jauhkan dari berita yang memberi tekanan fikiran.
2. Berbincang (brainstorming) dengan organisasi atau orang lain untuk mendapatkan idea yang tidak pernah terlintas di fikiran dan tak seharusnya bertemu tetapi boleh sahaja dalam group WhatsApp ataupun video.
3. Cuba ikuti webinar untuk meningkatkan kemahiran dan mendapatkan idea lebih lanjut.
Perkara Penting Yang Perlu Diutamakan Ketika Dalam Krisis
1. Kewangan dalam bentuk ‘cash‘ adalah penting tetapi penggunaannya harus berjaga-jaga.
2. Utamakan aktiviti yang penting dahulu dan ketepikan aktiviti yang boleh ditinggalkan untuk seketika.
3. Jika boleh menggunakan ‘kad kredit’ pada ketika ini adalah lebih baik kerana cash adalah lebih penting untuk dipegang.
Antara Perkara Yang Bakal Diteruskan Pasca Covid-19
1. Norma baharu seperti mesyuarat di atas talian, tanpa harus bertemu dan bekerja dari rumah boleh diteruskan sesuai dengan keadaan.
2. Menggayakan pemakanan sihat dan secara tidak langsung pendidikan kesihatan meningkat seperti pengambilan jamu tradisional lebih diterima oleh orang moden akibat pandemik Covid-19
3. Kadar pergantungan terhadap barangan eksport perlu dikurangkan kerana memang bekalan dari luar memang sukar dikala pandemik. Namun begitu, adalah lebih berkesan untuk mengutamakan produk tempatan secara berterusan dan menggantikan produk import untuk kesan jangka masa panjang yang lebih baik dan memulihkan ekonomi rakyat tempatan.
4. Ilmu teknologi perlu dipertingkatkan tidak kira umur kerana kebanyakan perkara setelah ini akan ke arah penggunaan teknologi.