KEKALKAN GAYA HIDUP YANG SIHAT DAN SEIMBANG
Ketidakseimbangan aktiviti seharian boleh mengakibatkan kita menjadi tidak bersemangat serta memberi kesan kepada kesihatan mental dan fizikal. Tidur lewat, makan makanan yang tidak sihat dan tidak bersenam boleh menyebabkan emosi tidak terkawal. Selain itu, bekerja lebih masa sehingga tiada masa untuk berehat amat berbahaya jika diamalkan untuk jangka masa yang panjang. Pengurusan masa yang baik dan teratur memainkan peranan yang penting untuk menjalani aktiviti sehari dengan lancar.
Tambahan pula dengan isu Covid-19 yang melanda sedunia ini, memberi impak yang besar sehingga kerajaan menggesa rakyat di Malaysia mengamalkan kehidupan norma baharu demi memutuskan rangkaian Covid-19. Antara norma baharu adalah bekerja atau belajar dari rumah bagi pelajar institusi pengajian tinggi dan segala urusan yang tidak memerlukan keperluan secara fizikal boleh diselesaikan secara maya atau virtual atas talian. Kini, segalanya boleh dilakukan tanpa keperluan untuk keluar rumah.
“Setiap individu juga tidak terlepas daripada tanggungjawab serta komitmen masing-masing. Akibat kegagalan untuk mengurusnya dengan baik, kita boleh berasa stress kerana tidak berjalan lancar seperti yang dirancang. Terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian supaya gaya hidup kita lebih teratur dan seimbang dengan tujuan ianya mampu menghalang kita daripada mengalami tekanan perasaan seperti stres, kemurungan dan sebagainya.”
1. Tidur yang cukup dan bangun awal pagi
Kekurangan waktu tidur boleh memberi kesan yang tidak baik kepada mental dan fizikal individu. Purata waktu tidur yang disyorkan adalah sekitar 7-8 jam dan ianya membaiki sistem imunisasi badan, mengatasi kemurungan dan stres, mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok serta meningkatkan daya penumpuan dan produktiviti. Selain itu, individu juga digalakkan bersantai (membaca buku, mendengar muzik) 30 minit atau sejam sebelum tidur. Tidur sebentar (nap) di waktu tengahari selama 15 minit juga membantu recharge energy.
Antara kelebihan tidur yang secukupnya dan bangun awal pagi adalah:
Menghasilkan waktu tidur yang berkualiti.
Waktu siang yang panjang kerana banyak perkara boleh dilakukan diawal pagi.
Aktiviti seharian mejadi lebih teratur
Fikiran menjadi segar, proaktif dan bersemangat!
STRES MENAIKKAN KEINGINAN UNTUK MAKAN
“Tidak dinafikan apabila menghadapi tekanan yang tinggi (stres) menghasilkan hormon ghrelin, insulin dan hormon kortisol menyebabkan keinginan untuk memakan makanan yang manis dan berlemak yang berlebihan itu tinggi. Namun begitu, mengambil makanan seperti coklat atau makanan ringan yang lain hanya membantu menangani tekanan pada waktu yang singkat sahaja. Oleh itu, disarankan untuk berehat sebentar dengan melakukan stretching atau membaca buku, surat khabar dan lain-lain yang boleh menggantikan makanan dikala berasa stres.”
2. Amalkan pemakanan yang seimbang
Amalan makanan yang seimbang dan tidak berlebihan harus dipraktikkan dalam kalangan masyarakat. Hal ini kerana, empat daripada sepuluh orang dewasa yang berumur 18 tahun keatas mengalami obesiti. Setiap individu perlu mengamalkan porsi suku-suku-separuh.
Kita boleh mengambil pelbagai jenis hidangan yang bersesuaian. Terdapat dua saranan pemakanan seimbang yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia:
Pemakanan berdasarkan piramid makanan
Jumlah satu hidangan mengikut kiraan kilo kalori (kcal)
Pengambilan air yang mencukupi juga penting kepada tubuh badan sekurang-kurangnya dua liter ke tiga liter air sehari. Anda boleh memilih gaya pemakanan yang bersesuai dengan diri sendiri. Elakkan daripada menahan lapar dengan makan tiga kali sehari (boleh di selangkan dengan snek) serta kurangkan makanan yang tinggi lemak, gula dan garam. Sebaiknya banyakkan pengambilan sayuran dan buah-buahan segar. Kenal pasti terlebih dahulu kandungan makanan sebelum mengambilnya.
Snek yang sesuai sebagai pengganti makanan ringan:
Buah pisang, epal, anggur, betik, tembikai
Kekacang seperti almond, kacang gajus
Telur rebus
Melakukan senaman untuk menjadi cergas setiap hari
Tahukah anda, senaman boleh memberi mood yang baik dan meningkatkan kesihatan mental seseorang kerana anda berasa seronok dengan aktiviti tersebut. Pelbagai aktiviti senaman yang boleh dilakukan seperti berkebun, mengemas rumah, melakukan regangan (stretching), berbasikal, atau mengikuti senaman aerobik dan zumba (workout) secara talian di aplikasi Youtube juga antara salah satu aktiviti yang menyeronokkan. Anda boleh memilih mana-mana aktiviti yang mudah dilakukan dan luangkan masa 10 hingga 15 minit sehari supaya kekal cergas sepanjang hari.
Rancang aktiviti seharian
Membuat jadual aktiviti seharian boleh membantu anda menjalankan dengan lancar dan teratur.
Sekiranya anda perlu bekerja dari rumah, digalakkan untuk merancang segala aktiviti yang perlu dilakukan termasuk meluangkan masa dengan keluarga, hobi dan rehat yang secukupnya. Dengan ini, anda boleh menjadi seorang yang berdisiplin bagi memastikan perkara yang disenaraikan itu tercapai.
Cari hobi atau hiburan yang boleh dilakukan untuk mengisi masa terluang
Dengan masa yang diluangkan dirumah, ambil peluang ini untuk memperbaiki dan meningkatkan kualiti kemahiran anda. Menghadiri webinar dan kelas secara talian yang percuma atau berbayar untuk memperolehi maklumat baharu dan mengenal pasti minat anda.
Selain mengisi perkara yang berfaedah, hiburan juga diperlukan sebagai terapi untuk diri, penghubung antara hubungan keluarga dan rakan-rakan dengan menonton filem atau teledrama bersama.
Menghadkan penggunaan telefon pintar dan gajet
Kesan penggunaan telefon pintar secara berlebihan boleh mengakibatkan waktu tidur yang kurang, individu tidak dapat berkomunikasi dengan baik, dan aktiviti lain turut terjejas. Ia disebabkan kita ketagih dengan aplikasi di dalam gajet yang menyukarkan lagi untuk kita berhenti menggunakannya.
Tetapkan masa had penggunaan. 2-3 jam sehari jika anda biasa meluangkan masa 4-5 jam sehari)
Fokus kepada hobi (tidak cenderung kepada penggunaan telefon pintar)
Letakkan telefon pintar jauh dari tempat anda apabila melakukan aktiviti lain
"Dimusim Covid-19 ini yang amat mencabar dari segi mental dan fizikal. Berada dirumah untuk jangka masa yang panjang tidak menjadi penghalang untuk kita kekal cergas dan sihat. Semoga tips yang diberi membantu anda untuk menjadi individu mempunyai gaya hidup yang sihat dan seimbang."
Stay Safe semua!
Kita jaga Kita!