Rabu, 29 April 2020
FB Live MyHarapan
Tiga ahli panel bersama seorang moderator telah berbincang tentang cara mengumpulkan dana serta tips atau langkah yang perlu dilakukan untuk mengubah ‘mindset’ ketika krisis seperti Pandemik Covid-19 melanda. Antara mereka yang hadir sewaktu sesi FB Live ini ialah:-
Rudy Suryanto, Pengasas Bumdes.id (Moderator)
Anggraeni Irawati, Setiausaha Agung Pusat Perkhidmatan dan Pemerkasaan Komuniti
Herliana Se, Pengerusi Koperasi Kopkun
Romi Abrori, Ketua dan Pengasas Koperasi Benih Kita Indonesia (KOBETA)
Bagaimana pengumpulan dana dilakukan:-
Supaya NGO tidak bergantung penuh kepada pemberi dana, NGO harus boleh berubah menjadi perniagaan sosial untuk kemampanan pertubuhan.
– Perniagaan sosial ini memiliki misi sosial tetapi cara kerjanya berdasarkan perniagaan.
– Dalam konsep perniagaan sosial, selalunya bukan keuntungan yang disebut tetapi ‘surplus’ atau lebihan daripada hasil perniagaan itu yang digunakan untuk aktiviti sosial dan juga supaya NGO itu boleh bergerak maju.
- Anggraeni Irawati, Setiausaha Agung Pusat Perkhidmatan dan Pemerkasaan Komuniti
Beberapa Contoh Perubahan Yang Dilakukan Oleh NGO Di Indonesia

Antara inisiatif NGO untuk menyumbang kepada para pelajar yang tidak dapat mengikuti pembelajaran ketika pandemik Covid-19. Sumber Imej: Instagram @krila_id
Menurut Herliana, Pengerusi Kopkun, sebelum Covid-19 melanda, selalunya dana dimohon oleh orang awam melalui pintu ke pintu. Tetapi ketika Covid-19 berlaku, perkara tersebut tidak boleh dijalankan.
Maka, program diwar-warkan melalui nombor telefon pemberi dana sebelum ini, hasilnya penerimaan dana adalah berlipat kali ganda berbanding sebelumnya.
Kemungkinan besar ini terjadi kerana empati orang ramai semakin meningkat akibat Covid-19.
Oleh itu setiap NGO perlu mengambil peluang untuk memberitahu aktiviti atau program yang dilakukan oleh NGO dan diwar-warkan kepada orang awam ataupun orang yang pernah memberi dana/sumbangan.
Selain itu, terdapat juga NGO yang menghasilkan ‘hand sanitizer’ dan hasil penjualannya digunakan untuk aktiviti kemasyarakatan. Orang ramai membeli hand sanitizer tersebut bukan hanya kerana perlu tetapi akan turut memberi tambahan dana untuk aktiviti kemasyarakatan/pendidikan yang mereka war-warkan.
Herliana turut memberi contoh perubahan cara pengumpulan dana yang sebelum ini sering dijalankan orang-perseorangan, kini terdapat yayasan yang membina profil setiap anak yatim dan dihantar ke para pemberi dana yang pernah menyumbang kepada mereka dan orang yang memberi dana boleh memilih untuk menyalurkan dana mereka kepada individu yang mana mereka mahu.
Bagaimana NGO memulakan perniagaan sosial?
Visi NGO & perniagaan sosial yang mahu dilakukan haruslah selari. Oleh itu, NGO harus bekerjasama dengan orang yang mahir dengan visi yang ingin dicapai dan berfikir jauh ke depan dengan modelling era terkini iaitu teknologi seperti video yang dimuat naik ke media sosial atau Youtube
- Herliana, Se., Pengerusi Koperasi Kopkun
5 Cara mengubah ‘mindset’ NGO menjadi seorang Usahawan Sosial (PS)

Antara inisiatif penjualan disumbangkan kepada mereka yang memerlukan. Sumber Imej: Instagram @gardapangan
Irawati berkongsi tips asas untuk para NGO yang mahu berubah dan membentuk perniagaan sosial ialah dengan cara ini:-
1. Lihat sektor apa yang sedang meningkat naik. Contohnya teknologi, barangan runcit, perubatan dan sebagainya, selarikan dengan misi anda
2. Cari potensi/kemampuan diri yang boleh digunakan ke dalam sektor tersebut.
3. Berfikir lebih kreatif, lihat kembali apa yang pernah dilakukan dan ubah mengikut pengalaman
4. Lakukan kempen pendidikan melalui risalah, poster dan media sosial
5. Pentingnya integriti, kesetiaan, cara kerja profesional dan rohani seperti cara Nabi Muhammad SAW
Cara kerja KOBETA ketika Pandemik Covid-19 melanda Indonesia
Ketika pandemik Covid-19, terdapat permintaan yang tinggi untuk bahan mentah makanan tetapi kekurangan barangan bahan mentah di pusat bandar telah menyebabkan harga bahan makanan meningkat. Manakala mereka yang bertani dan memiliki bahan mentah tersebut berada di luar bandar serta tidak memiliki sumber untuk menyalurkan hasil mereka.
Kobeta melakukan insiatif untuk memastikan barangan tersebut boleh disalurkan kepada mereka yang memerlukan dan kedua belah pihak boleh menerima manfaat bersama.
Kobeta juga mengumpulkan dana supaya bahan mentah makanan juga boleh disalurkan kepada warga miskin yang memerlukan bahan-bahan tersebut bagi meneruskan kelangsungan hidup.
Lakukan pelbagai inisiatif yang positif terutamanya sosial dan jangan lupa untuk lakukan penjenamaan serta mendokumentasikan perkara tersebut untuk disebarkan di media sosial agar lebih dikenali.
-Romi Abrori, Ketua dan Pengasas Koperasi Benih Kita Indonesia (KOBETA)
Antara perkara utama yang perlu dilakukan untuk kekal bertahan dikala pandemik Covid-19
Bagi NGO yang mahu mengekalkan misi mereka tetapi menghadapi masalah dana dan sebagainya, ini adalah antara tujuh perkara utama yang disimpulkan oleh Rudy Suryanto, Pengasas Bumdes.id
1. Berdepan dengan realiti
2. Jangan meratapi keadaan dan menyalahkan orang lain.
3. Lupakan cara lama tetapi cari cara baharu.
4. Mengambil peluang baharu yang ada ketika pandemik Covid-19
5. Penting mengubah pemikiran – ubahlah masalah menjadi satu potensi
6. Berkolaborasi dengan mereka yang memiliki visi yang sama tetapi harus memiliki tatacara yang profesional
7. Menggunakan teknologi yang ada dengan sebaiknya
Dalam ayat al-Quran pada surah alFatir, ayat-30 ada menyebut, ada perniagaan yang tidak akan rugi iaitu mereka yang mengasingkan sebahagian daripada rezeki tersebut kepada orang lain. Oleh itu apa yang dilakukan oleh NGO dan perniagaan sosial ialah sebuah perniagaan yang tidak akan rugi kerana ada yang mendapatkan manfaatnya.
– Rudy Suryanto, Pengasas Bumdes.id