“Young people should start thinking differently about their careers and their life. Human beings are not born to work for someone else. I believe all human beings are entrepreneurs,” kata Dr. Yunus, yang turut galakkan generasi muda untuk berpegang pada konsep, “I am not a job seeker, I am a job creator.”
Dr. Yunus telah menyampaikan ucapan sulungnya di hadapan lebih kurang 50 orang pemimpin muda dari merata dunia hari ini semasa sesi Young Challengers Meeting di kampus Institut Teknologi Monterey di Santa Fe, Mexico City sempena Global Social Business Summit (GSBS) 2014 yang akan bermula esok.
Dr. Muhammad Yunus, pemenang Hadiah Nobel dan pengasas Grameen Bank, memang satu nama yang tak asing dalam dunia perniagaan sosial ataupun social business yang telah diilhamkan oleh beliau.
Beliau memulakan ucapannya dengan persoalan apakah peranan mahasiswa dan orang muda dalam keusahawanan sosial? Dalam dunia sekarang, ada banyak projek yang menggunakan terma ‘sosial’ dalam nama inisiatif mereka. Bila bercakap tentang keusahawanan sosial ramai yang keliru dan menganggap social business hanyalah nama lain untuk social enterprise, satu terma yang popular di merata dunia.
Menurut Dr. Yunus, satu cara untuk membezakan social entrepreneurship dengan social business ialah, “Social entrepreneurship is about a person, the social enterpreneur. Social business is not the person, it’s the business, what you do with the business. A social business is a non-dividend company to solve human problems.”
Berbeza dengan bisnes tradisional yang bermotifkan wang ringgit, sosial business bermotifkan penyelesaian masalah-masalah sosial yang wujud dalam masyarakat. Sebagai contoh, salah satu masalah yang melanda anak muda sekarang ialah youth employment, masalah pengangguran di kalangan orang muda.
Menurut Dr. Yunus, anak muda sepatutnya boleh main peranan untuk menyelesaikan masalah ini, bermula dengan inisiatif kecil, untuk memikirkan satu idea bisnes untuk membawa hanya satu orang anak muda keluar dari masalah pengangguran.
Menurut Dr. Yunus, anak muda perlu mengubah cara mereka berfikir tentang kerjaya dan masa depan mereka. Pemikiran lama yang diamalkan oleh anak muda sekarang hanya menunggu untuk dapat kerja, atau cari pekerjaan selepas tamat pelajaran. Ini salah satu punca masalah pengangguran bila anak muda ini tidak dapat cari pekerjaan selepas mereka keluar dari universiti.
Dr. Yunus mahu anak muda untuk mengubah sikap mereka, untuk memberitahu diri mereka, “Saya bukan seorang pencari pekerjaan, saya seorang pencipta pekerjaan.” Dan mereka boleh lakukannya dengan memulakan satu sosial business mereka sendiri kerana Dr. Yunus berpegang dengan kepercayaan bahawa “All human beings are entrepreneurs”.
Dr. Yunus terus menggalakkan anak muda untuk berkata, “I don’t want to start my life with a job, I want to start my life as an entrepreneur.” Jadi inilah salah satu peranan yang boleh dimainkan oleh mahasiswa dan anak muda dalam bisnes sosial.
Selepas ucapannya, Dr. Yunus membuka ruang untuk beberapa soalan dari anak muda yang hadir. Soalan pertama dari salah seorang delegasi dari Mexico berbunyi, “I assume you have contacted presidents and CEOs of big organisations and businesses. What are your feelings about their acceptance of this social business idea, when they still continue to see their way of doing business as the best way to do business?”
Dengan tenang Dr. Yunus menjawab, “Who cares? Don’t wait for these big guys to change their minds. They will not change the world, YOU will change the world.”
Semasa sesi soal jawab, 2 orang delegasi kita dari Malaysia sempat mengemukakan 2 soalan kepada Dr. Yunus. Soalan pertama dari saya berbunyi, “Dalam dunia sekarang, kapitalisme masih kekal sebagai ideologi yang dominan, yang jadi model utama untuk semua bisnes. Adakah kamu nampak konsep bisnes sosial ini sebagai satu idea untuk mengubah kapitalisme, ataupun untuk mencabar kapitalisme; sebagai satu alternatif kepada kapitalisme? Adakah kamu punyai impian bahawa satu hari nanti sebuah bisnes akan menjadi sebuah bisnes sosial?”
Dr. Yunus menjawab, “Technically it’s possible, there’s nothing impossible about it. If all of us try to do social business, the whole world will have social businesses. But you cannot jump to 100% social businesses right away. Our first step is 1% of the economy is run by social business. In your village, in your town, in your cities, in your district, 1% of the economy can be made up of social business if we start. But it is not a law. It’s all about what is the purpose of your life. Why am I here and what should I do with the small period that I’m here on this planet and how I can contribute. So whether social business is a challenge to capitalism, whether to get rid of capitalism out of the world, it doesn’t say that. It simply says all human beings have all kinds of dimensions inside of them. Like selfishness is one dimension of human life. For instance a selfish interest to create businesses where we can make money. But at the same time we’re also selfless. So we create businesses to solve social problems. So the question whether you want to concentrate solely on social business, or solely on money-making business, that will depend on what you want to do with your life.”
Soalan kedua dan soalan terakhir untuk sesi bersama Dr. Yunus datang dari Pik-Svonn yang bertanya, “Do you think every social problem can be solved via a social business model? Or are there any limitations or boundaries… for example issues like institutionalised racism or preservation of urban green spaces in the city? Do you think these problems can be solved by social businesses?”
Dr. Yunus mula berkongsi, “I started with the premise that all problems can be solved with social businesses, without knowing how to do that. So you can give me thousands of examples that I cannot tell you how to solve it. All we need is to come up with creative ideas how to do that. Sometimes we will get this idea quickly, sometimes we need time to figure out how to convert this into a social business model to solve those problems. The question is how much creative power do you bring into it. I always have hope somebody will do it sometime, some day somebody will find out how to solve the problem. I believe all impossibles one day will become possible.”
Kata-kata perangsang dari Dr. Yunus ini harus dijadikan teladan oleh pemimpin-pemimpin dunia dan negara kita bahawa mahasiswa dan anak muda tidak harus disekat potensi dan kreativiti mereka, kerana mereka punyai kuasa untuk mengubah negara, untuk mengubah dunia.